![]() |
Pokok
persoalan yang menjadi asas dalam perundingan untuk menuntut kemerdekaan ialah
hak Orang Melayu, Agama Islam dan Raja-raja Melayu. Ini dijustifikasikan dengan
tawaran kewarganegaraan kepada kaum Cina dan India yang akan menjadi sebahagian
daripada rakyat Persekutuan Tanah Melayu nanti.
Penentangan
berpunca daripada isu memberi kewarganegaraan kepada kaum lain sebenarnya telah
mencetuskan penubuhan Umno yang kemudiannya menjadikan Melayu sebagai titik
tolak perjuangannya.
Dalam
kegagalan Malayan Union, satu cadangan baru dikemukakan, dengan Umno menjadi
perunding utama kepada bentuk baru yang nanti akan membuka jalan kepada
kemerdekaan. Maka lahir la konsep Persekutuan dan tawar-menawar kewarganegaraan
kepada orang Cina dan India yang melahirkan “asas persefahaman” yang menjadikan
hak Orang Melayu, Islam sebagai agama Persekutuan dan kuasa Raja-Raja Melayu sebagai
syarat penerimaan kewarganegaraan dalam Persekutuan Tanah Melayu.
Inilah “asas”
lahirnya Perkara 153 yang dimaktubkan dalam Perlembagaan Malaysia. Inilah Perkara
yang orang Melayu perlu pertahankan
kerana ia suatu perjanjian yang melibatkan maruah Melayu dan Islam. Yang
denganya lah para pejuang Melayu dan Islam sanggup menandatangani perjanjian
untuk membenarkan orang India dan Cina yang dibawa oleh British diberikan
warganegara.
Apakah
setelah kita sama menikmati kemerdekaan lebih setengah abad, bangsa-bangsa
tersebut tidak mahu mengenang budi dan jasa bangsa Melayu sehingga mendesak
Perkara 153 itu dihapuskan?
(Rujukan: "Bahaya Dap Kepada Kedaulatan dan Perlembagaan Negara",Syiekh Abu Muhammad Iqamuddin)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan